Wednesday, June 4, 2008

Pelan Takafulink Cerdik

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun begitu, kos pendidikan di Universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup ini yang sukar diramalkan bermakana peruntukan mesti dibuat demi memastikan pendidikan anak anda tidak terjejas. Ketika itu barulah anda yakin bahawa anda juga telah memberikan mereka hadiah yang kekal sepanjang hayat. Tiada pelan lain yang mampu melakukan selengkap atau semudah Takafulink Cerdik education plan. Itulah sebabnya ia merupakan pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.


Lindungi pendidikan dan kesejahteraan masa depan anak anda

Takafulink Cerdik education plan adalah berkaitan pelaburan berpremium tetap yang matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun. Pelan ini bukan saja memberi perlindungan terhadap pendidikan dan kesihatan anak anda, malah ia juga cukup fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah.

Kini, anda boleh memberikan dua hadiah paling bernilai kepada anak anda – pendidikan dan perlindungan – melalui satu pelan yang paling inovatif dan kombinasi cirri-cirinya yang unik.


Untuk ibubapa yang mempunyai polisi, mereka boleh menyesuaikannya sepertimana yang difikir wajar demi kebaikan anak-anak mereka.


No comments: